Nintendo Switch telah mengumumkan prestasi kewangan mereka bagi suku lepas yang berakhir pada 31 Disember 2023. Di dalam jangka masa tersebut, mereka telah menjual 6.9 juta unit Nintendo Switch yang membawa jumlah keseluruhan kepada 139.36 juta unit. Nintendo Switch memerlukan jualan 14.66 juta unit lagi untuk mengatasi Nintendo DS sebagai konsol terlaris mereka.

Bagi jualan mengikut model Nintendo Switch pula, ia adalah seperti berikut:

  • Nintendo Switch – 92.98 juta unit
  • Nintendo Switch OLED – 23.18 juta unit
  • Nintendo Switch Lite – 23.20 juta unit

Bagi senarai permainan mereka yang terlaris pula, Mario Kart 8 Deluxe terus kekal di atas, dengan ia terjual sebanyak 60.58 juta unit setakat ini. Berikut adalah senarai penuh:

  • Mario kart 8 Deluxe – 60.58 juta unit
  • Animal Crossing: New Horizons – 44.79 juta unit
  • Super Smash Bros. Ultimate – 33.67 juta unit
  • The Legend of Zelda: Breath of the Wild – 31.61 juta unit
  • Super Mario Odyssey – 27.65 juta unit
  • Pokemon Sword/Pokemon Shield – 26.17 juta unit
  • Pokemon Scarlet/Pokemon Violet – 24.36 juta unit
  • Super Mario Party – 20.34 juta unit
  • The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom – 20.28 juta unit
  • New Super Mario Bros. U Deluxe – 17.20 juta unit

Sohor Kini