Skip to main content

Bagi menggantikan artikel filem-filem menarik bulanan, kami telah memilih untuk hadir dengan senarai bagi filem menarik secara mingguan. Oleh kerana tidak cukup untuk sekadar memilih filem-filem yang akan tiba di pawagam, kami juga akan sertakan filem-filem yang akan ataupun baru tiba di platform penstriman utama seperti Netflix, Disney+ Hotstar dan HBO Go.

Bagi minggu pertama ataupun minggu pertama dan kedua kerana Februari bermula pada lewat minggu lepas lagi, berikut adalah antara filem menarik:

Turning Red

Pawagam, 8 Februari 2024

Filem arahan Domee Shi ini sepatutnya tiba di pawagam pada tahun 2022 tetapi akibat pandemik Covid-19, ia sebaliknya disiarkan melalui Disney+, termasuk juga Disney+ Hotstar di Malaysia. Namun, jika anda ingin tontonnya di pawagam, GSC dan juga TGV buat masa ini menyenaraikan filem ini untuk tiba pada 8 Februari 2024. Filem ini adalah mengenai remaja bernama Mei Lee yang sedang melalui zaman remaja, tambahan pada itu, apabila dia menjadi tertekan Mei Lee bertukar menjadi seekor panda.

13 Bom Di Jakarta

Pawagam, 8 Februari 2024

Filem dari Indonesia arahan Angga Dwimas Sasongko ini adalah mengenai pengganas yang merancang untuk meledakkan 13 bom di bandar Jakarta. Agensi Pencegah Pengganas ataupun Indonesian Counter Terrorism Agency (ICTA) telah menubuhkan pasukan rahsia untuk mencari dan mencegah pengganas ini. Antara senarai pelakon ialah Rio Dewanto, Putri Ayudya, Chicco Kurniawan dan Ganindra Bimo.

Ambulance

Netflix, 7 Februari 2024

Walaupun dikeluarkan pada tahun 2022, Ambulance masih lagi filem ‘terbaru’ oleh pengarah Michael Bay. Filem ini adalah filem aksi heist apabila dua perompak terpaksa mencuri ambulans selepas masalah semasa rompakan. Antara senarai pelakon ialah Jake Gyllenhaal, Yahya Abdul-Mateen II, Eiza Gonzalez dan Garret Dillahunt.

Baca – Ulasan Ambulance โ€“ Ringkas, Pantas, Padat Dan Bolehlah

La Luna

Netflix, 10 Februari 2024

Filem arahan M. Raihan Halim yang juga filem kerjasama Singapura dan Malaysia mengisahkan mengenai Hanie Abdullah lakonan Sharifah Amani yang telah membuka kedai pakaian dalam wanita di sebuah kampung yang konservatif iaitu Kampong Bras Basah. Dia telah mendapat tentangan terutama daripada ketua kampung Tok Hassan lakonan Wan Hanafi Su.

The Marvels

Disney+ Hotstar, 7 Februari 2024

Filem yang menggandingkan Captain Marvels, Carol Dabers dan Ms. Marvel, Kamala Khan selepas kuasa mereka didapati berhubung yang membolehkan Captain Marvel dan Ms. Marvel bertukar tempat apabila mereka menggunakan kuasa, oleh itu mereka perlu berkerjasama untuk melawan dengan Dar-Benn.

Marcel the Shell with Shoes On

HBO Go, 1 Februari 2024

Di dalam filem ini, Dean Fleischer Camp iaitu pengarah dan juga berlakon sebagai dirinya sendiri, merupakan seorang pencipta dokumentari yang baru sahaja bercerai dan telah menyewa satu Airbnb. Di situlah dia menjumpai Marcel iaitu cangkerang yang hidup. Dean kemudiannya telah menghasilkan dokumentari mengenai cangkerang tersebut.

Mencari permainan menarik minggu ini? Baca 6 Permainan Menarik Minggu Ini.

Leave a Reply