Deadline telah melaporkan yang filem baharu di dalam francais Jurassic World akan ditayangkan pada tahun 2025. Filem ini merupakan ‘reboot’ untuk siri ini dan mungkin tidak akan melibatkan mana-mana pelakon sebelum ini termasuk juga yang terbaru seperti Chris Pratt dan Bryce Dallas Howard.

Filem ini akan diterbitkan oleh Steven Spielberg, Frank Marshall, Patrick Crowley, Kelly McCormick dan juga David Leitch yang turut dikatakan mungkin menjadi pengarah untuk filem ini. Manakala David Koepp yang merupakan penulis lakon layar asal untuk Jurassic Park dan The Lost World: Jurassic Park akan menulis skrip untuk filem ini.

Sejak filem pertama Jurassic Park pada tahun 1993, francais filem ini telah mempunyai 6 filem dengan yang terakhir ialah Jurassic World Dominion. Francais ini merupakan antara siri filem yang menjana pendapatan tertinggi iaitu $6 bilion.

Sohor Kini