Stellar Blade Dilancarkan April Ini untuk PlayStation 5

Shift Up ketika acara State of Play oleh PlayStation telah berkongsi treler untuk permainan seterusnya oleh mereka iaitu Stellar Blade. Treler in antaranya berkongsi lanjut mengenai penceritaan dan juga tatamain, selain itu, mereka juga mengumumkan yang Stellar Blade akan dikeluarkan pada 26 April 2024 untuk PlayStation 5 dengan sesi pra-tempahan dibuka pada 7 Februari 2024.

Stellar blade mengikut kisah Eve iaitu seorang pahlawan yang turun daripada satu penempatan luar bumi untuk melawan Naytibas yang menjadi ancaman kepada manusia. Naytibas didapati menyerang manusia atas arahan Alpha dan ‘Elder’.

Permainan ini bertempat di Xion yang mempunyai dua kawasan utama iaitu Wasteland dan Great Desert. Ia merupakan permainan semi-dunia terbuka yang mengandungi pelbagai perkara sampingan boleh dilakukan oleh pemain selain melakukan misi utama.

Stellar Blade ditawarkan dengan dua edisi iaitu Biasa dengan harga RM299 dan Digital Deluxe dengan harga RM339 yang menyertakan pelbagai barangan di dalam permainan.

Sohor Kini