Steam Next Fest kembali lagi buat pertama kali untuk tahun ini, dan seperti biasa ia menawarkan ratusan demo permainan secara percuma termasuk juga permainan-permainan yang masih belum dilancarkan.
Anda boleh layari laman rasmi Steam Next Fest untuk melihat senarai demo yang ditawarkan. Laman rasmi ini telah menyediakan pelbagai tab untuk memudahkan pencarian seperti mengikut genre ataupun mencari senarai demo yang popular. Selain daripada itu, terdapat juga penstriman langsung oleh pembangun bukan sahaja untuk memperlihatkan permainan tetapi juga sesi soal jawab bersama mereka.
Jika anda sudah cuba mana-mana permainan, jangan lupa untuk meletakkannya di dalam senarai hajat kerana ia sangat membantu kepada pembangun-pembangun permainan.