Skip to main content

Pocketpair telah mengumumkan yang Palworld telah mempunyai 19 juta pemain setakat ini dengan 12 juta terjual di Steam manakala 7 juta merupakan pemain di Xbox dan juga pemain yang bermain melalui Xbox Game Pass.

Palworld juga masih lagi permainan yang paling ramai pemain di Steam dengan masih mencecah 1 juta pemain serentak, jumlah tertinggi yang dicatat adalah 2.1 juta pemain serentak pada minggu lepas.

Dengan penerimaan yang baik di Xbox, Pocketpair juga telah mengumumkan akan bekerjasama dengan Microsoft untuk memastikan versi Xbox dan Xbox Game Pass adalah sebaik versi di Steam.

Leave a Reply