Skip to main content

Ketika acara State of Play oleh PlayStation, Kojima Productions telah berkongsi treler pengumuman untuk Death Stranding 2 yang akan menggunakan judul ‘Death Stranding 2 On The Beach’, treler hampir 10 minit ini serba sedikit memperlihatkan premis untuk permainan ini tetapi pada masa sama hadir dengan pelbagai persoalan tersendiri.

Seperkara yang boleh disahkan daripada treler, jika permainan pertama Sam Porter ingin menyambung barat dan timur Amerika Syarikat, di dalam permainan kedua ini dia perlu menyambungkan Amerika dengan negara lain, yang disebut adalah Mexico. Untuk melakukannya, Sam Porter tampaknya kembali bekerjasama dengan Fragile iaitu pemilik Fragile Express di dalam permainan pertama yang kini menubuhkan kumpulan baharu iaitu Drawbridge.

Penceritaan juga diperlihatkan akan memfokuskan kepada Lou, iaitu bayi yang pada awalnya merupakan BB-28 iaitu Bridge Baby yang digunakan oleh Sam di dalam pengembaraannya, tetapi pada akhir permainan pertama perhubungan mereka berubah dengan perhubungan tersebut diteruskan di dalam permainan kedua ini, bersama dengan misteri mengenai identiti Lou yang sebenar.

Kojima Productions juga telah mengumumkan yang Death Stranding 2 On The Beach akan dilancarkan sekitar tahun 2025 untuk PlayStation 5.

Leave a Reply