San Diego Studio dan Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan yang MLB The Show 24 akan dilancarkan pada 19 Mac 2024 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan Nintendo Switch. Ia juga akan ditawarkan melalui Xbox Game Pass pada hari pelancaran.

Turut diumumkan, Valdimir Guerrero Jr iaitu pemain untuk Toronto Blue Jays akan menghiasi muka depan permainan ini.

Maklumat lanjut termasuk juga fungsi-fungsi baharu yang akan tiba untuk permainan ini akan tiba dari semasa ke semasa melalui siri Scouting Report.

Sohor Kini