Deadline telah melaporkan yang Milly Alcock merupakan Supergirl untuk DC Universe di bawah selian James Gunn dan Peter Safran. Ia kemudiannya disahkan oleh James Gunn sendiri dengan mengatakan yang Milly adalah seorang pelakon muda yang berbakat besar. Milly Alcock sebelum ini membawa watak Rhaenyra Targaryen di dalam House of the Dragon.

Buat masa ini masih tidak disahkan lagi jika watak Supergirl akan membuat penampilan di dalam filem Superman Legacy, namun disahkan watak tersebut akan membuat penampilan di salah satu projek DCU yang lain sebelum filem sendiri iaitu ‘Supergirl: Woman of Tomorrow’.

Supergirl: Woman of Tomorrow akan mengadaptasi komik berjudul sama oleh Tom King yang mula dikeluarkan pada tahun 2022. Di dalam kisah ini, Supergirl hidup di Krypton selama 14 tahun dan melihat penduduk di sana mati sebelum dia sendiri datang ke bumi.

Sebelum ini telah diumumkan yang David Corenswet sebagai Superman, Rachel Brosnahan membawa watak Lois Lane dan Nicholas Hoult sebagai Lex Luthor untuk filem Superman Legacy.

Sohor Kini