Astro Shaw telah berkongsi gambar pertama untuk filem akan datang mereka iaitu The Experts yang merupakan filem berdasarkan heist ataupun rompakan. Filem ini melibatkan senarai pelakon seperti Aaron Aziz, Remy Ishak, Syafiq Kyle, Mimi Lana dan Ray.

Filem ini diarahkan oleh pengarah Polis Evo 2 iaitu Andrew Chiew berama Nazim Shah. Skrip pula ditulis oleh Ayam Fared, Abhilash Chand, Mamu Vies, Kyle Goonting dan Joel Soh.

The Experts mengisahkan sekumpulan adik-beradik yang mempunyai kepakaran masing-masing dalam kegiatan merompak. Selepas menggemparkan negara dengan rompakan jongkong emas di lapangan terbang, abang mereka memaksa adik-adiknya untuk memulakan hidup baru. Namun, salah seorang adik mereka merancang untuk mencuri cincin berharga jutaan ringgit, lantas terperangkap dengan ugutan besar. Ini memaksa mereka untuk merancang rompakan paling terbesar.

Filem ini dijangkakan tiba di pawagam sekitar tahun ini.

Sohor Kini