Dragon Quest Builders Dilancarkan Untuk PC Februari Ini

Square Enix telah mengumumkan permainan pertama di dalam siri Dragon Quest Builders akhirnya akan turut dilancarkan untuk PC pada 13 Februari 2024 melalui Steam dengan sesi pra-tempahan sudah dibuka dengan harga RM129.

Dragon Quest Builders dilancarkan pada tahun 2016 untuk PlayStation 3, PlayStation 4, PS Vita, sebelum turut dikeluarkan untuk Nintendo Switch, iOS dan Android. Ia juga telah menerima permainan susulan iaitu Dragon Quest Builders 2 yang sudah dikeluarkan untuk PS4, Nintendo Switch, Xbox One dan PC. Anda boleh baca ulasan kami untuknya di pautan berikut – Ulasan Dragon Quest Builders 2 – Permainan Hibrid Membina Dan JRPG Yang Baik.

Kedua-dua permainan juga ditawarkan di dalam satu berkas dengan harga RM310.61.

Dragon Quest Builders merupakan permainan sampingan di dalam dunia Dragon Quest yang membawa tatamain berlain daripada permainan utama dengan menggunakan genre Aksi RPG dengan elemen pembinaan.

Sohor Kini