Durioo+ iaitu platform penstriman video memfokuskan kandungan Islam untuk kanak-kanak sebelum ini telah mengumumkan siri animasi baharu iaitu ILM – Kebangkitan Khalifah yang menurut mereka merupakan ‘siri animasi sains fiksyen Islamik pertama di dunia’.

Terbaru, pengasas Durioo+ iaitu Sinan Ismail telah berkongsi poster watak untuk siri animasi ini yang memperkenalkan salah seorang utama iaitu Siddiq. Beliau juga akan berkongsi poster watak baharu setiap hari sehinggalah treler acah untuk ILM tiba pada 9 Februari ini.

Seperti diumumkan sebelum ini, siri ini menyasarkan kanak-kanak 8-12 tahun. ILM – Kebangkitan Khalifah ini turut menjadi siri animasi sains fiksyen Islam aksi pertama dunia dan menjamin boleh bersaing dengan animasi terkenal lain.

Siri ini dihasilkan sepenuhnya oleh studio Durioo+ dan dijadualkan untuk tiba di platform penstriman mereka pada bulan Ramadan 2024.

Sohor Kini