Asus sebelum ini telah mengumumkan secara rasmi keluaran baharu untuk telefon pintar mereka iaitu ROG Phone 8 dan juga ROG Phone 8 Pro. Hari ini, ia telah dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia dengan harga bermula RM3,999.

Perbezaan di antara ROG Phone 8 dan ROG Phone 8 Pro adalah ROG Phone 8 Pro mempunyai paparan sekunder di bahagian belakang iaitu AniMe Vision Mini-LED yang boleh diubah-suai manakala ROG Phone 8 sekadar menyertakan logo ROG dengan sokongan Aura RGB Lighting.

Selain itu, ROG Phone 8 Pro juga hadir dengan pilihan RAM dan storan lebih besar seperti berikut (bersama dengan harga):

  • ROG Phone 8 (12GB RAM/256GB Storan) – RM3,999
  • ROG Phone 8 Pro (16GB RAM/512GB Storan) – RM4,799
  • ROG Phone 8 Pro Edition (24GB RAM/1TB Storan) – RM5,999

ROG Phone 8 Pro Edition juga hadir bersama dengan AeroActive Cooler X yang dijual dengan harga RM349 secara berasingan. Aksesori lain yang ditawarkan ialah Kerangka DEVILCASE Guardian, Pelindung Skrin Anti-Bakteria, dan Kerangka Silikon. Kesemuanya ditawarkan dengan harga RM149.

Bagi pembelian awal, pembeli akan menerima AeroActive Cooler X untuk ROG Phone 8, DEVILCASE untuk ROG Phone 8 Pro dan tambahan 1 tahun waranti untuk ketiga-tiga model.

Sohor Kini