Skip to main content

HoYoverse telah mengumumkan yang Honkai: Star Rail versi 2.0, “If One Dreams at Midnight” akan dilancarkan pada 6 Februari 2024 yang antaranya akan membawa pemain ke kawasan baharu, Penacony yang juga akan akan menjadi kawasan untuk permulaan kisah baharu bagi Trailblaze Missions. Tiga watak baharu ialah Black Swan, Sparkle dan Misha.

Penceritaan kemaskini ini akan bermula dengan Trailblazer mendapat jemputan untuk ke Penacony bagi menghadiri acara Charmony Festival. Penacony merupakan kawasan yang sebelum ini adalah satu penjara tetapi telah diubah oleh ‘The Family’ menjadi kawasan pelancongan. Hotel The Reverie menjadi fokus utama di dalam penceritaan dengan pemain boleh menggunakan Dreampool untuk memasuki Dreamscapes.

Watak baharu yang disertakan ialah Black Swan iaitu watak 5 bintang yang merupakan jenis Wind dan mengikut Path of Nihility. Dia mempunyai serangan yang boleh mengenakan Arcana kepada lawan yang akan menguatkan lagi DoT mengikut jumlah yang terkumpul.

Seterusnya, ialah satu lagi watak 5 bintang iaitu Sparkle yang merupakan jenis Quantum dan mengikut Path of Harmony. Dia mempunyai kebolehan untuk memperkuatkan CRIT DMG dan juga mempercepatkan pergerakan watak lain di dalam pasukan. Dia juga boleh mengembalikan Skill Points.

Watak 4 bintang pula ialah Misha yang merupakan jenis Ice dan mengikuti Path of Destruction. Dia mempunyai Ultimate yang akan menjadi lebih kuat mengikuti jumlah Skill Points yang digunakan oleh watak-watak lain di dalam pasukan.

Selain itu, HoYoverse juga menyertakan beberapa fungsi baharu untuk permainan iaitu ‘Fate’s Atlas’ yang memudahkan pemain untuk mengimbas kembali penceritaan-penceritaan sebelum ini. Pemain juga boleh menetapkan tahap Relics yang ingin dinaik taraf dan pemain juga boleh memilih Relics dengan lebih mudah.

Honkai: Star Rail sudah dikeluarkan untuk PlayStation 5, PC, iOS dan Android. Ia merupakan permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam permainan.

Leave a Reply