Horizon Forbidden West: Complete Edition Tiba Di PC Bulan Mac

Nixxes Software dan Guerilla Games telah mengumumkan yang Horizon Forbidden West Complete Edition akan dikeluarkan untuk PC pada 21 Mac 2024. Versi ini menyertakan permainan asas Horizon Forbidden West bersama dengan penambahan Burning Shores, ia sudah dikeluarkan untuk PS5 pada 6 Oktober 2023 lepas.

Bagi versi PC ini, ia akan menyokong kadar kelancaran tanpa had, NVIDIA DLSS 3, AMD FSR dan Intel XeSS, skrin ultra-lebar, dan juga penggunaan multi-monitor. Ia juga menggunakan teknologi DirectStorage untuk memberikan pemuatan pantas.

Anda boleh tonton treler terbaru untuk melihat fungsi-fungsi yang disokong melalui versi PC ini.

Horizon Forbidden West sudah dikeluarkan sejak tahun 2022, manakala penambahan Burning Shore dikeluarkan pada 2023 sebelum kedua-duanya diberkas bersama melalui Complete Edition. Anda boleh baca ulasan kami untuk Horizon Forbidden West dan juga Burning Shores.

Horizon Forbidden West: Complete Edition sudah boleh di pra-tempah melalui Steam dan juga Epic Games Store dengan harga RM249.

Sohor Kini