Apple melalui pengumuman terbaru untuk pembangun aplikasi App Store telah mengumumkan yang telah memberi pilihan baharu kepada pembangun yang ingin menawarkan aplikasi penstriman permainan video. Melalui pilihan terbaru ini, pembangun boleh menghantar aplikasi penstriman untuk kelulusan sebagai aplikasi tunggal.

Sebelum ini, mana-mana aplikasi penstriman yang ingin mendapat kelulusan untuk penyenaraian di App Store perlu menghantar aplikasi penstriman dan juga setiap permainan yang disertakan secara individu untuk kelulusan, yang membuatkan aplikasi seperti Xbox memilih untuk menyokong penstriman melalui pelayar berbanding secara terus di aplikasi.

Dengan pengumuman terbaru ini, kita boleh jangkakan yang aplikasi Xbox Game Pass dan NVIDIA GeForce Now akan ditawarkan secara terus melalui App Store.

Sohor Kini