Skip to main content

Buat pertama kalinya di luar Jepun, Ace Media Network, AniManGaki dan Incubase Studio telah menganjurkan Pameran Fullmetal Alchemist di Pavilion Bukit Jalil. Ia berlangsung bermula pada 24 Januari sehingga 24 Mac 2024.

Fullmetal Alchemist merupakan manga yang dihasilkan oleh Hiromu Arakawa, ia juga menerima dua siri anime iaitu Fullmetal Alchemist dan Fullmetal Alchemist: Brotherhood. Setakat ini, manga untuk siri ini telah terjual melebihi 80 juta unit dan siri anime untuknya juga dianggap sebagai antara siri anime terbaik sepanjang zaman.

Pameran ini akan menyertakan 7 zon yang memperlihatkan panel manga mengenai watak-watak dan juga adegan penting di dalam siri ini. Selain itu, pengunjung juga boleh melihat kostum yang digunakan untuk filem aksi nyata Fullmetal Alchemist yang dikeluarkan pada tahun 2022.

Pengunjung akan diberikan satu risalah dan boleh mengumpul setem dengan mengunjungi setiap zon yang disertakan. Mengumpul kesemua setem, pemain boleh dapat sijil menyertai Amestis Army. Jika berminat untuk mendapat barangan rasmi, terdapat juga kedai menjualnya.

Harga tiket adalah RM50 untuk umum dan RM25 untuk kanak-kanak dan juga warga emas. Anda boleh ke tempat pameran ataupun dapatkan tiket melalui Ticket2u.

Leave a Reply