Netflix hari ini telah berkongsi treler penuh pertama untuk siri aksi nyata Avatar: The Last Airbender selepas hadir dengan treler acah sebelum ini. Treler ini memperlihatkan pengembaraan Aang bersama dengan Katara serta Sokka di pelbagai tempat, ia juga memperlihatkan Zuko dan Negara Api.

Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

Treler ini juga memperlihatkan dengan lebih dekat bagaimana setiap watak melakukan bending angin, tanah, air, dan juga api. Di bahagian awal dan juga akhir juga diperlihatkan Aang memasuki ‘Avatar State’, sesuatu keadaan yang penting untuk Aang sebagai seorang Avatar.

Siri ini merupakan adaptasi kepada siri animasi berjudul sama yang dikeluarkan pada tahun 2005 ciptaan Michael Dante DiMartino dan Brayn Konietzko. Bagi siri aksi nyata kedua-dua mereka tidak terlibat selepas berlaku perselisihan idea walaupun pada awalnya mereka turut terlibat.

Avatar: The Last Airbender akan menerima 8 episod untuk musim pertama dan akan disiarkan sepenuhnya pada 22 Februari 2024 di Netflix.

Sohor Kini