Kojima Productions dan 505 Games telah mengumumkan yang Death Stranding Director’s Cut untuk peranti Apple iaitu iPhone 15 Pro, iPad dan Mac yang menggunakan siri cip M akan tiba pada 30 Januari 2024.

Sesi pra-tempahan sudah dibuka dengan potongan harga sehingga 50% iaitu RM99.90 melalui App Store, setiap pembelian di mana-mana peranti juga membolehkan ia dimainkan di peranti Apple yang lain tanpa bayaran tambahan.

Death Stranding Director’s Cut merupakan edisi lengkap untuk Death Stranding yang dikeluarkan pada tahun 2019, ia menyertakan penambahan kandungan termasuk litar lumba dan pelbagai peralatan yang tiada di dalam permainan asal.

Kojima Productions sebelum ini juga telah mengumumkan Death Stranding 2 sedang dibangunkan.

Sohor Kini