Muzium dan Galeri Seni Bank Negara melalui Pameran Gerak Bayang: Seni Penceritaan akan hadir dengan persembahan wayang kulit “Peperangan Bintang” yang akan dipersembahkan oleh Fusion Wayang Kulit.

Menurut pengumuman, kisah wayang kulit ini adalah “perjalanan kosmik bersama Tuan Puteri Leia ketika berhadapan dengan Shagkala Vedeh yang jahat menerusi tarian bayang dan cahaya”, yang mengambil inspirasi daripada kisah Star Wars.

Persembahan ini akan diadakan pada 28 Januari 2024 bermula pada pukul 2.30 ptg sehingga 4.30 ptg di Dewan Persidangan Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia. Ia terbuka untuk semua dan jika berminat anda boleh mengisi borang pendaftaran ini.

Sohor Kini