Palworld terus memecah rekod apabila mereka mengumumkan yang permainan tersebut telah terjual sebanyak 6 juta unit, iaitu penambahan sebanyak 2 juta unit dalam masa sehari sahaja. Pada masa sama, ia juga telah mencatat 1.5 juta pemain serentak di Steam, mengatasi rekod sebelum ini iaitu 1.2 juta pemain.

Walaupun telah menerima pelbagai kontroversi seperti dikatakan menggunakan generative AI, meniru Pokemon dan pelbagai lagi, namun ia tidak menjejas sambutan untuk permainan ini yang menggabungkan dua genre popular iaitu ketahanan hidup (survivor) dan juga mengumpul binatang.

Permainan ini juga dikeluarkan untuk Xbox dan juga ditawarkan di Xbox Game Pass, akan tetapi ia bukan versi terbaik dan sedikit ke-belakang berbanding versi PC. Ia juga mempunyai fungsi multi-pemain yang lebih terhad.

Sohor Kini