Skip to main content

ZeniMax Online Studios telah mengumumkan penambahan terbaru untuk The Elder Scrolls Online iaitu Gold Road yang akan tiba pada 3 Jun ini untuk PC dan Mac, manakala untuk PlayStation serta Xbox, ia akan tiba pada 18 Jun.

Gold Road akan meneruskan penceritaan daripada penambahan sebelum ini iaitu Necrom – anda boleh baca ulasan kami untuknya di pautan berikut Ulasan The Elder Scrolls Online: Necrom. Ia akan membawa pemain ke kawasan baharu yang sebelum ini diperlihatkan di dalam The Elder Scrolls IV: Oblivion.

Selain itu, penambahan ini juga memperkenalkan sistem baharu iaitu Scribing yang membolehkan pemain untuk menghasilkan kuasa dengan pelbagai cara. Pemain akan diberikan Grimoire dan boleh memilih Primary, Secondary dan Tertiary Scrips yang berbeza untuknya. Bagi mendapatkan sistem baharu, pemain perlu melakukan misi yang hadir bersama dengan penambahan Gold Road.

Sebagai kandungan perantaraan sebelum Gold Road dilancarkan, ZeniMax Online Studios juga mengumumkan Scions of Ithelia DLC yang akan tiba pada 11 Mac untuk PC/Mac dan 26 Mac untuk konsol. Ia akan menyertakan 2 dungeons baharu iaitu Oathsworn Pit dan Bedlam Veil dan boleh didapatkan melalui langganan ESO Plus ataupun dibeli melalui Crown Store.

The Elder Scrolls Online sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Ia juga ditawarkan di Xbox Game Pass.

Leave a Reply