WWE 2K24 Diumumkan Tiba Pada Bulan Mac Ini

2K Games telah mengumumkan yang permainan seterusnya di dalam siri permainan simulasi gusti iaitu WWE 2K24 akan dilancarkan pada 8 Mac 2024, mereka juga mengumumkan yang Cody Rhodes, Rhea Ripley dan Bianca Belair akan menghiasi muka depan permainan ini bagi Standard Edition dan Deluxe Edition.

Permainan ini juga akan menerima WWE 2K24 Forty Years of WrestleMania Edition dengan muka depan menyertakan ahli-ahli gusti ikonik yang lepas dan sekarang termasuk juga The Rock, The Undertaker, Hulk Hogan dan Stone Cold. Edisi ini juga memberi akses awal kepada pemain iaitu pada 5 Mac 2024.

WWE 2K24 akan menerima mod khas yang menyambut ulang tahun ke-40 WresteMania, empat jenis perlawanan baharu seperti Ambulance dan Special Guest Referee, dua pengalaman baharu MyRISE dan pelbagai lagi.

2K juga mengumumkan terdapat lebih 200 WWE Supertas dan juga Legends yang akan disertakan di dalam permainan ini seperti Roman Reignes, Andre the Giant, Becky Lynch, Batista, Kurt Angle, Asuka dan Brock Lesnar.

WWE 2K24 akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Sohor Kini