Monsta telah mengumumkan yang Mechamato Movie versi alih suara bahasa Jepun yang menjadi filem animasi tempatan pertama ditayangkan di Jepun akan turut ditayangkan di Malaysia pada 25 Januari 2025 di 60 buah pawagam.

Anda boleh tonton 10 minit pertama versi ini di bawah.

Pengumuman ini dilakukan oleh pengasas Monsta iaitu Nizam Abd Razak di Facebook. Beliau juga mengatakan yang buat masa ini masih tidak disahkan lagi selama-mana filem ini akan ditayangkan dan ia bergantung kepada permintaan.

Setakat Januari tahun lepas, Mechamato Movie telah mengutip RM35 juta dan memerlukan lebih kurang RM3 juta untuk mengatasi kutipan Frozen II dan sekaligus menjadi filem animasi dengan kutipan tertinggi di Malaysia.

Sohor Kini