HoYoverse telah mengumumkan yang kemaskini seterusnya untuk Genshin Impact iaitu versi 4.4 “Vibrant Harries Aloft in Spring Breeze” akan dilancarkan pada 31 Januari 2024 yang antaranya membawa sambutan tahun Lantern Rite di Liyue bersempena sambutan Tahun Baharu Cina, kawasan dan juga dua watak baharu.

Sebagai acara tahun bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina, pemain akan kembali ke Liyue untuk menyambut Lantern Rite yang juga akan melibatkan kawasan baharu iaitu Chenyu Vale. Dengan bertemakan layang-layang, sambutan kali ini juga menyertakan pelbagai acara dan permainan-mini. Sepanjang acara ini, pemain boleh dapatkan 10 Intertwined Fates, kostum untuk Xingqiu dan juga watak 4-bintang dari Liyue secara percuma. Pemain juga boleh dapatkan kostum baharu untuk Shenhe dan Ganyu.

Chenyu Vale merupakan kawasan yang berbukit yang diselubungi dengan kabus – HoYoverse menyertakan teknologi baharu iaitu Global Far Fog untuk memastikan kabus ini kelihatan realistik, ia juga mneyertakan Gradient Tint Rock yang menjadikan gunung mempunyai warna berbeza mengikut ketinggian. Di bahagian barat terdapat juga Yilong Wharf iaitu tempat perdagangan yang menghubungkan Fontaine dan Liyue.

Dua watak baharu yang tiba ialah Xianyun iaitu badan manusia untuk Cloud Retainer, dia merupakan watak 5-bintang yang menggunakan senjata catalyst dengan elemen Anemo. Seterusnya ialah Gaming iaitu watak 4-bintang menggunakan senjata claymore dengan elemen Pyro. Banner untuk versi akan menyertakan Xianyun, Gaming dan Nahida untuk pertengahan pertama diikuti Xiao dan Yae Miko.

Genshin Impact sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, PC, iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini