Permainan yang dijolok sebagai “Pokemon dengan senjata” semasa pertama kali diumumkan oleh Pocketpair telah mencetus satu fenomena apabila ia telah mencatat 1.2 juta pemain serentak di Steam menjadi permainan kedua tertinggi di dalam sejarah platform tersebut dibelakang PUBG: Battlegrounds yang mencatat 3.2 juta pemain serentak.

Selain itu, Pocketpair juga telah mengumumkan yang permainan ini terjual sebanyak 4 juta unit selepas 3 hari dilancarkan dengan ia pernah mencatat 86 ribu unit jualan setiap satu jam.

Palworld merupakan permainan ketahanan hidup dengan elemen mengumpul pelbagai binatang comel yang digelar sebagai ‘Pals’. Pemain boleh mengumpul binatang ini, selain untuk bertempur, mereka juga boleh digunakan untuk bekerja dan melakukan aktiviti berkebun serta crafting. Ia boleh dimainkan secara berseorangan dan juga dalam talian.

Permainan ini sudah boleh didapatkan di Xbox dan juga PC. Ia juga ditawarkan melalui Game Pass.

Sohor Kini