Xbox hari ini telah menganjurkan Developer_Direct di mana mereka telah berkongsi maklumat lanjut mengenai lima permainan akan datang iaitu Indiana Jones and the Great Circle, Ara: History Untold, Avowed, Senua’s Saga Hellblade II dan Visions of Mana.

Square Enix ketika acara ini telah berkongsi lanjut mengenai Visions of Mana iaitu permainan utama siri ‘Mana’ buat pertama kali selepas 15 tahun. Ia juga akan menjadi permainan pertama di dalam siri ini yang dilancarkan untuk Xbox.

Di dalam perkongsian tersebut, Square Enix memfokuskan kepada rekaan raksasa yang akan tiba di dalam permainan ini yang dicipta oleh Koichi Ishii termasuk juga “Pikuls” iaitu raksasa yang akan menjadi teman pemain untuk mengembara.

Selain itu, mereka juga memperlihatkan sistem pertempuran yang lebih “aksi” dengan pemain juga boleh melakukan serangan semasa berada di udara. ‘Elementals’ masih digunakan sesuatu yang sudah biasa dengan siri permainan ini.

Visions of Mana akan dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series, dan PC.

Sohor Kini