Ara: History Untold, Permainan Strategi 4X Tiba Akhir Tahun Ini

Xbox hari ini telah menganjurkan Developer_Direct di mana mereka telah berkongsi maklumat lanjut mengenai lima permainan akan datang iaitu Indiana Jones and the Great Circle, Visions of Mana, Avowed, Senua’s Saga Hellblade II dan Ara: History Untold.

Oxide Games telah berkongsi lanjut mengenai Ara: History Untold iaitu permainan terbaru mereka dan merupakan permainan strategi 4X. Mereka mengatakan yang permainan ini akan tiba sekitar akhir tahun ini.

Mereka menjanjikan pembawaan baharu bagi permainan di dalam genre ini terutama melalui sistem Crafting, dan juga bagaimana simulasi turutan dilakukan. Oxide Games juga mengatakan yang mereka akan melakukan perkongsian lanjut mengenainya tidak lama lagi.

Ara: History Untold akan dilancarkan untuk PC dan ditawarkan bersama PC Game Pass pada hari pelancaran.

Sohor Kini