Xbox hari ini telah menganjurkan Developer_Direct di mana mereka telah berkongsi maklumat lanjut mengenai lima permainan akan datang iaitu Ara: History Untold, Visions of Mana, Avowed, Senua’s Saga Hellblade II dan Indiana Jones and the Great Circle.

MachineGames ketika acara ini telah berkongsi treler pertama untuk permainan ‘Indiana Jones dan the Great Circle’ yang mengadaptasi watak popular oleh Lucasfilm Games.

Di dalam treler pertama ini, diperlihatkan yang permainan ini akan menggunakan kamera ‘First-Person’ untuk kebanyakan bahagian, sesuatu yang sudah dijangkakan daripada MachineGames yang popular dengan permainan FPS iaitu Wolfenstein. Namun, terdapat beberapa bahagian yang ia akan menjadi ‘Third-Person’.

Bagi penceritaan, ia akan berlaku pada tahun 1937 iaitu di antara filem Raiders of the Lost Ark dan The Last Crusade dan memfokuskan mengenai satu kuasa misteri iaitu Great Circle.

Watak Indiana Jones akan terus menggunakan model daripada filem iaitu berdasarkan Harrison Ford akan tetapi Harrison Ford tidak akan menyuarakan watak ini, sebaliknya ia akan dilakukan oleh Troy Baker (The Last of Us, Death Stranding, Fort Solis).

Buat masa ini mereka masih tiada tarikh pelancaran akan tetapi mengatakan ia akan tiba pada tahun ini untuk Xbox Series dan PC dan menyertai Xbox Game Pass serta PC Game Pass pada hari pelancaran.

Sohor Kini