Xbox hari ini telah menganjurkan Developer_Direct di mana mereka telah berkongsi maklumat lanjut mengenai lima permainan akan datang iaitu Ara: History Untold, Visions of Mana, Senua’s Saga Hellblade II, Indiana Jones and The Great Circle dan Avowed.

Avowed merupakan permainan oleh Obsidian Entertainment yang diumumkan pada pertengahan tahun lepas disahkan akan tiba pada akhir tahun ini.

Obsidian Entertainment juga mengatakan yang Avowed akan meneruskan gaya permainan mereka iaitu dengan tema penceritaan yang mendalam dan pilihan pemain akan memainkan peranan besar untuk bagaimana penceritaan tersebut berlaku.

Avowed akan dilancarkan untuk Xbox Series dan PC. Ia akan menyertai Xbox Game Pass dan PC Game Pass pada hari pelancaran.

Sohor Kini