Tiger Stripes Memasuki Netflix Bulan Depan

Netflix telah mengumumkan yang Tiger Stripes iaitu filem arahan Amanda Nell Eu yang juga filem pertama beliau akan disiarkan di Netflix pada 15 Februari 2024 secara global. Filem ini telah mendapat anugerah di 2023 Cannes Film Festival dan juga filem yang dicadangkan oleh Malaysia untuk 96th Academy Awards ataupun Oscars.

Filem ini memfokuskan kepada Zaffan lakonan Zafreen Zairizal iaitu budak sekolah berumur 12 tahun yang pada awalnya seorang yang nakal akan tetapi selepas badannya mengalami perubahan dia lebih menyendiri. Selain itu, histeria juga mula berlaku di sekolah dan pengawal kesihatan di sekolah itu cuba menyiasat apa yang berlaku.

Selain Zafreen Zairizal, Tiger Stripes juga dibintangi oleh Deena Ezral, Piqa, Shaheizy Sam, June Lojong, Khairunazwan Rodz dan Fatimah Abu Bakar.

Sohor Kini