Samsung Galaxy S24 Diumumkan Secara Rasmi

Samsung hari ini telah mengumumkan penawaran telefon mercu baharu mereka iaitu siri Samsung Galaxy S24 yang hadir dengan tiga pilihan iaitu Samsung Galaxy S24 Ultra, Samsung Galaxy S24+ dan Samsung Galaxy S24.

Samsung Galaxy S24 Ultra

Samsung Galaxy S24 Ultra hadir dengan skrin 6.8-inci AMOLED 2X QHD+ dengan kadar segar semula sehingga 120Hz. Ia dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen 3, satu-satunya model yang menggunakan cip oleh Qualcomm. Bagi RAM pula ia hadir dengan 12GB dan pilihan storan sehingga 1TB. Kapasiti bateri adalah 5,000mAh dengan pengecasan pantas sehingga 45W dengan wayar dan 15W secara nirwayar.

Terdapat beberapa perubahan untuk rekaan Samsung Galaxy S24 Ultra, pertama ia tidak lagi menyertakan skrin melengkung, sebaliknya rata seperti model-model lain di dalam siri ini dan juga menggunakan titanium berbanding aluminum sebelum ini .

Di Malaysia pratempahan Samsung Galaxy S24 Ultra dibuka hari ini dengan harga jualan RRM6299 untuk 12/256GB, RM6799 untuk 12/512GB dan RM7799 untuk 12/1TB. Pilihan warna ialah Titanium Gray, Titanium Yellow, Titanium Violet, dan Titanium Black. Pembeli dalam talian mempunyai pilihan warna tambahan Titanium Blue, Titanium Orange, dan Titanium Green.

Samsung Galaxy S24+

Samsung Galaxy S24+ disertakan dengan skrin 6.7-inci AMOLED 2X QHD+ (3088×1440) dengan kadar segar semula sehingga 120Hz. Ia dikuasakan dengan cip Exynos 2400 dengan RAM 12GB dan pilihan storan sehingga 512GB. Kapasiti bateri adalah 4,900mAh dengan pengecasan pantas sehingga 45W dengan wayar dan 15W secara nirwayar.

Di Malaysia pratempahan Samsung Galaxy S24+ dibuka hari ini dan dijual pada harga RM4899 untuk 12/256GB dan RM5399 untuk 12/512GB dengan tujuh pilihan warna.

Samsung Galaxy S24

Samsung Galaxy S24 pula disertakan dengan skrin 6.2-inci AMOLED 2X FHD+ (2340×1080) dengan kadar segar semula sehingga 120Hz. Ia dikuasakan dengan cip Exynos 2400 dengan RAM 8GB dan pilihan storan sehingga 512GB. Kapasiti bateri adalah 4,000mAh dengan pengecasan pantas sehingga 25W dengan wayar dan 15W secara nirwayar.

Di Malaysia pratempahan Samsung Galaxy S24 dibuka hari ini dengan harga jualan RM4099 untuk 8/256GB, RM4599 untuk 8/512GB dengan tujuh pilihan warna.

Sohor Kini