Persona 3 Reload, F1 23, Palworld Menyertai Xbox Game Pass Bulan Ini

Xbox hari ini telah mengumumkan senarai permainan yang akan disertakan di dalam Xbox Game Pass bagi pertengahan kedua untuk bulan ini dan juga awal bvulan depan menyertai permainan-permainan yang disertakan sebelum ini seperti Assassin’s Creed Valhalla, Figment, We Happy Few dan Resident Evil.

Kali ini, antara permainan yang menjadi tarikan ialah Persona 3 Reload iaitu versi penambah-baikkan untuk Persona 3, F1 23 dan juga permainan baharu, Palworld iaitu permainan yang dikatakan sebagai Pokemon dengan senjata yang terus dilancarkan ke dalam perkhidmatan ini.

Berikut adalah senarai penuh permainan yang akan tiba pertengahan bulan ini:

  • Those Who Remain (Xbox, PC) – Sudah tiba
  • Turnip Boy Robs a Bank (Xbox, PC) – 18 Januari 2024
  • F1 23 (Xbox, PC) – 18 Januari 2024
  • Palworld (Xbox, PC) – 19 Januari 2024
  • Go Mecha Ball (Xbox, PC) – 25 Januari 2024
  • Brotato (Xbox, PC) – 30 Januari 2024
  • Persona 3 Reload (Xbox, PC) – 2 Februari 2024
  • Anuchard (Xbox, PC) – 6 Februari 2024

Mereka juga telah mengumumkan permainan-permainan yang akan meninggalkan perkhidmatan ini iaitu pada 31 Januari 2024 untuk permainan lain seperti berikut:

  • Hitman: World of Assassination
  • F1 2021

Setiap permainan ini akan ditawarkan dengan potongan harga 20% bagi pelanggan yang ingin dapatkan permainan ini secara penuh.

Buat masa sekarang, hanya PC Game Pass yang ditawarkan di Malaysia dengan harga langganan RM15 sebulan.

Sohor Kini