Riot Games telah memulakan tahun 2024 untuk League of Legends dengan berkongsi perancangan serta kandungan tambahan yang akan tiba bagi permainan MOBA tersebut sepanjang tahun ini.

Arcane Musim 2

Antara pengumuman yang dilakukan adalah Arcane, iaitu siri animasi bersama dengan Netflix. Seperti diumumkan sebelum ini, ia akan tiba di Netflix pada bulan November tahun ini. Tambahan pada itu, mereka juga mengatakan yang watak daripada siri tersebut iaitu Ambessa Medarda akan disertakan di dalam permainan, bersama dengan tatamain serta kostum yang mengambil inspirasi daripada siri animasi tersebut.

Champions

Kemaskini yang memfokuskan Champions pula bermula dengan Skarner yang akan menerima kemaskini untuk animasinya, kemaskini ini akan tiba pertengahan pertama tahun ini. Selepas itu, mereka akan memfokuskan kepada Champions yang membuat penampilan di dalam siri Arcane untuk menjadikannya seperti didalam siri dan Shyvana akan menerima kemaskini untuk tatamainya.

Kostum

Bagi penawaran kostum pula, Rammus dan Olaf akan menerima kostum pada tahun ini, kostum Prestige untuk pertengahan pertama tahun 2024 adalah untuk Rakan, Ezreal, Kindred, Evelynn dan Kayle. Mereka juga sedang hadir dengan kostum untuk Lee Sin yang akan tiba awal Mei, manakala untuk Teemo akan dikongsi kemudian. Acara pertama tahun ini iaitu Lunar Revel akan menyertakan kostum untuk Lee Sin, Ezreal, Kai’Sa, Master Yi, Diana, Janna, Smolder, Porcelain Kindred, Graves, Darius, Miss Fortune, Morgana, Irelia, dan Aurelion Sol.

Sistem

Riot Games pada tahun ini juga akan memfokuskan untuk menambah-baik sistem Ranked agar pemain tidak akan bertemu dengan pemain yang mempunyai jarak Rank yang besar, ia juga akan membaiki jumlah LP yang diperoleh dan hilang. Mereka juga akan membawa Vanguard untuk melawan bot, smurf dan juga scripting di dalam permainan.

Mod

League of Legends akan menerima semula Arena pada pertengahan pertama tahun ini dengan beberapa penambah-baikkan. URF juga akan kembali bersempena dengan acara Lunar Revel dan satu mod baharu akan tiba tahun ini yang akan menjadikan sesi permainan lebih kasual untuk bermain bersama rakan.

Esukan

Bagi esukan, Riot Games mengatakan yang mereka ingin menjadikan Mid-Season Invitational (MSI) lebih berhubung dengan Worlds dengan pemenang MSI akan terus mendapat slot untuk ke Worlds yang akan juga menjadi slot tambahan kepada benua pasukan yang menang. Pasukan kedua terbaik di MSI juga akan mendapat slot tambahan untuk benua mereka. Mereka juga mengatakan yang musim ini akan disertakan 3 slot untuk ke Worlds bagi LEC, LCS, LCK dan LPL, 2 slot untuk PCS dan VCS dan 1 slot untuk LLA dan CBLOL.

Bagi jadual kejohanan, MSI 2024 akan berlangsung pada 1 hingga 19 Mei di Chengdu, China. Worlds 2024 akan berlangsung bermula pada 25 September sehingga 2 November 2024 dengan Play-Ins akan berlangsung di Berlin, Suku Akhir dan Separuh Akhir berlangsung di Paris, dan Akhir akan berlangsung di London. Mereka juga mempekenalkan ‘LoL Esports Hall of Legends’ iaitu Hall of Fame bagi esukan League of Legends.

League of Legends sudah dikeluarkan untuk PC. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam permainan.

Sohor Kini