Xbox akan melakukan perkongsian pertama mereka bagi tahun ini melalui Developer_Direct yang akan distrim secara langsung pada 4 pagi, 19 Januari 2024. Perkongsian kali ini akan melibatkan permainan seperti Indiana Jones, Avowed, Ara: History Untold dan Senua’s Saga: Hellblade II.

Mereka juga mengatakan yang Developer_Direct kali ini tidak akan menyertakan sebarang pengumuman oleh studio terbaru mereka iaitu Activision Blizzard. Namun, pemain boleh mengikuti perkongsian mengenai Diablo IV melalui penstriman tersendiri yang akan distrim pada 1 pagi, hari yang sama.

Bagi yang ingin mengetahui mengenai kandungan-kandungan akan datang untuk The Elder Scrolls Online, ‘The Edler Scrolls Online 2024 Global Reveal’ juga akan berlangsung sejurus selepas Developer_Direct iaitu 5 pagi.

Anda boleh layari Xbox Wire untuk mengetahui lanjut mengenai penstriman ini.

Sohor Kini