2K hari ini telah hadir dengan treler acah untuk TopSpin 2K25 iaitu permainan simulasi tenis yang dikatakan akan tiba tidak lama lagi. Pengumuman ini dilakukan bersempena dengan kejohanan Australia Open yang sedang berlangsung sekarang.

Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

Buat masa ini mereka masih tidak mengumumkan tarikh pelancaran akan tetapi mengatakan yang maklumat lanjut mengenainya termasuk juga kejohanan-kejohanan yang akan disertakan di dalam permainan ini akan diumumkan kemudian.

Top Spin pertama kali dikeluarkan pada tahun 2003 yang dibangunkan oleh PAM Development dengan permainan terakhir iaitu Top Spin 4 dibangunkan oleh 2K Czech yang dikeluarkan pada 2011.

Sohor Kini