Call of Duty Warzone Mobile Dilancarkan Di Malaysia

Activision akhirnya melancarkan Call of Duty Warzone Mobile untuk pemain di Malaysia, ia adalah pelancaran akses awal ataupun terbitan terhad, walaupun kebanyakan fungsi di dalam permainan ini sudah boleh digunakan akan tetapi terdapat beberapa fungsi yang masih tidak disertakan sebelum pelancaran dengan lebih meluas.

Mod Battle Royale, fungsi perkongsian kemajuan dan sambungan sosial dengan permainan Call of Duty: Modern Warfare III dan Call of Duty Warzone, multi-pemain, dan juga acara di dalam permainan sudah tersedia dan boleh dicuba oleh pemain.

Jika anda turut bermain Call of Duty Modern Warfare III atau Call of Duty Warzone, kemajuan Battle Pass juga boleh disambung di antara tiga permainan ini. Bagi Battle Royale, ia menyokong sehingga 120 pemain di satu sesi.

Call of Duty Warzone Mobile boleh dimuat turun di iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam permainan.

Sohor Kini