Senarai Siri TV Yang Memenangi Anugerah Emmy 2024

Anugerah Emmy Yang ke-75 berlangsung hari ini iaitu satu anugerah terbesar bagi kandungan-kandungan berdasarkan TV seperti siri TV dan juga kandungan aneka ragam. Melalui artikel ini, kami ingin kongsikan filem dan siri TV yang memenangi anugerah di acara ini:

The Bear

Siri TV komedi yang diciptakan oleh Christopher Storer memfokuskan kepada Carmen Berzatton lakonan Jeremy Allen White yang menguruskan kedai Sandwich peninggalan abangnya yang membunuh diri. Siri ini mempunyai 2 musim setakat ini dengan 18 episod keseluruhannya.

Senarai Anugerah yang dimenangi:

  • Siri Komedi Terbaik
  • Pelakon Lelaki Terbaik di dalam Siri Komedi – Jeremy Allen White
  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di dalam Siri Komedi – Ebon Moss-Bachrach
  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di dalam Siri Komedi – Ayo Edebiri
  • Pengarah Terbaik di dalam Siri Komedi – Christopher Storer
  • Penulisan Terbaik di dalam Siri Komedi – Christopher Storer

Boleh tonton di mana? – Disney+ Hotstar

Succession

Siri TV yang dihasilkan oleh Jesse Armstrong ini memfokuskan kepada empat adik beradik berebut untuk mewarisi syarikat media Waystar RoyCo selepas kesihatan bapa mereka semakin merosok. Antara pelakon ialah Hiam Abbass, Nicholas Braun, Brian Cox dan Kieran Culkin.

Senarai Anugerah yang dimenangi:

  • Siri Drama Terbaik
  • Pelakon Lelaki Terbaik di dalam Siri Drama – Kieran Culkin
  • Pelakon Wanita Terbaik di dalam Siri Drama – Sarah Snook
  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di dalam Siri Drama – Matthew Macfadyen
  • Pengarah Terbaik di dalam Siri Drama – Mark Mylod
  • Penulisan Terbaik di dalam Siri Drama – Jesse Armstrong

Boleh tonton di mana? – HBO, HBO Go

Beef

Siri TV pendek yang dikeluarkan pada tahun lepas ciptaan Lee Sung Jin. Siri ini mempunyai 10 episod dan melibatkan senarai pelakon seperti Steven Yeun, Ali Wong, Joseph lee dan Young Mazino. Ia memfokuskan kepada yang pada awalnya pergaduhan di jalan raya menjadi satu pergaduhan yang berterusan.

Senarai Anugerah yang dimenangi:

  • Siri Pendek Terbaik
  • Pelakon Lelaki Terbaik di dalam Siri Pendek – Steven Yeun
  • Pelakon Wanita Terbaik di dalam Siri Pendek – Ali Wong

Boleh tonton di mana? – Netflix

Abbott Elementary

Siri TV mengenai sistem sekolah awam di Philadelphia mengikut sekumpulan pengajar yang bersemangat dan guru besar yang tidak cakna dengan keadaan sekitar. Siri ini dihasilkan oleh Quinta Brunson yang juga pelakon bersama dengan Tyler James Williams, Janelle James, Lisa Ann Walter dan Chris Perfetti. Siri ini telah mempunyai dua musim.

Senarai Anugerah yang dimenangi:

  • Pelakon Wanita Terbaik di dalam Siri TV – Quinta Brunson

Boleh tonton di mana? – Disney+ Hotstar

The White Lotus

Siri yang dihasilkan oleh Mike White adalah mengenai pelbagai individu yang berada bersama di resort White Lotus. Dengan setiap individu mempunyai personaliti dan juga permasalahan tersendiri, interaksi di antara mereka sentiasa mencetus sesuatu yang baharu, ini ditambah lagi dengan misteri disebalik resort itu sendiri. Siri ini mempunyai 2 musim dan membawa senarai pelakon berlainan untuk kedua-duanya.

Senarai Anugerah yang dimenangi:

  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik untuk Siri Drama – Jennifer Coolidge

Boleh tonton di mana? – HBO, HBO Go

Black Bird

Siri berdasarkan novel autobiografi ‘In with the Devil: a Fallen Hero, a Serial Killer and a Dangerous Bargain for Redemption‘ oleh James Keene dan Heillel Levin. Siri ini mengikuti Jimmy Keene yang telah ditangkap tetapi ditawarkan untuk bebas dengan syarat yang berat. Siri ini dihasilkan oleh Dennis Lehane, melibatkan senarai pelakon seperti Taron Egerton, Paul Walter Hauser dan Sepideh Moafi.

Senarai Anugerah yang dimenangi:

  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik untuk Siri Pendek – Paul Walter Hauser

Monster: The Jeffrey Dahmer Story

Siri yang dihasilkan oleh Ryan Murphy dan Ian Brennan dan melibatkan pelakon seperti Evan Peters, Richard Jenkins dan Molly Ringwald adalah mengenai pembunuh bersiri Jeffrey Dahmer dan memfokuskan bagaimana dia hampir ditangkap dan ketidakcekapan polis menyebabkan dia terus dapat melakukan jenayah.

Senarai Anugerah yang dimenangi:

  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik untuk Siri Pendek – Niecy Nash-Betts

Sohor Kini