Square Enix telah berkongsi treler baharu untuk Final Fantasy VII Rebirth iaitu Destined for Rebirth yang antaranya memperlihatkan penemuan mereka dengan Sephiroth. Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

Selain itu, Square Enix juga telah berkongsi beberapa maklumat terbaru mengenai permainan ini, antaranya ia akan menyertakan beberapa kawasan dengan setiapnya mempunyai rekaan tersendiri untuk pemain mengembara. Antara kawasan tersebut ialah Starboard Junon dan Shinra-8.

Final Fantasy VII Rebirth akan dilancarkan pada 29 Februari 2024 untuk PlayStation 5.

Sohor Kini