Wargaming telah melancarkan kemaskini terbaru untuk World of Warships: Legends yang menjadi kemaskini pertama bagi tahun 2024. Mereka juga telah berkongsi video yang memperlihatkan segala kandungan yang tiba bersama dengan kemaskini ini.

Berikut adalah ringkasan kandungan yang akan disertakan:

  • Kempen baharu iaitu Danubian Pearl yang akan berlangsung selama 5 minggu dan pemain berpeluang untuk mendapat Pan-European Tier VII Destroyer Jager dengan melakukannya.
  • Tambahan kapal Tier VIII F. Schultz dan Brest.
  • Acara kolaborasi bersama Azur Lane diteruskan untuk Wave 5 yang akan menyertakan 5 Commander baharu iaitu Bismarch, Cheshire, Colorado, Sovetskaya, Rossiya dan Zara. Ia sudah bermula dan berlangsung sehingga 19 Februari 2024.

Selain itu, World of Warships: Blitz juga menyambut ulang tahun ke-6 dengan pelbagai kandungan termasuk juga Dupleix akan disertakan di dalam permainan. Sambutan ini akan bermula pada 18 Januari 2024.

World of Warships sudah dikeluarkan untuk PC, World of Warships: Legends untuk PlayStation dan Xbox, World of Warhsips Blitz untuk iOS dan Android.

Sohor Kini