Filem seterusnya oleh Studio Kembara yang juga merupakan filem sampingan untuk Mat Kilau telah mengutip RM2.4 juta selepas 56 jam ditayangkan ataupun lebih kurang 3 hari. Perkara ini diumumkan oleh TGV.

Pendekar Awang mula ditayangkan pada 11 Januari lepas dan merupakan salah satu daripada 10 filem menarik yang tiba pada bulan ini. Pendekar Awang sebelum ini telah mengutip RM500 ribu selepas 12 jam pertama tayangan.

Ini adalah satu permulaan yang baik akan tetapi ia masih lebih perlahan jika ingin dibandingkan dengan Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang mengutip RM11 juta selepas 4 hari ditayangkan sebelum menjadi filem dengan kutipan tertinggi iaitu RM97 juta.

Studio Kembara sendiri sebelum ini mengatakan sebelum ini agak sukar untuk mengulangi rekod filem tersebut, akan tetapi masih berharap filem terbaru ini turut mendapat sambutan yang baik.

Sohor Kini