PlayStation telah mengumumkan senarai permainan yang akan disertakan ke dalam Katalog Permainan untuk pelanggan PlayStation Plus Extra dan Deluxe. Permainan-permainan ini akan tiba bermula pada 16 Januari 2024.

Berikut adalah senarai permainan yang akan disertakan;

  • Tiny Tina’s Wonderlands – Next Level Edition
  • Resident Evil 2
  • Hardspace: Shipbreaker
  • LEGO City Undercover
  • Just Cause 3
  • Session: Skate Sim
  • Shadow Tactics: Blades of the Shogun
  • Vampire: The Masquerade – Swansong
  • Surviving the Aftermath

Pelanggan PlayStation Deluxe juga akan mendapat permainan-permainan di bawah kategori PlayStation Classic dan berikut adalah permainan-permainan yang disertakan pada bulan ini;

  • Rally Cross
  • Star Wars: Episode 1 The Phantom Menace
  • Street Fighter: 30th Anniversary Collection
  • Legend of Mana
  • Secret of Mana

PlayStation Plus kini ditawarkan dengan tiga tahap iaitu Essential, Extra dan Deluxe. Essential ditawarkan dengan harga RM39/sebulan, RM75/3 bulan dan RM235/setahun. Extra ditawarkan dengan harga RM49/sebulan, RM125/3 bulan dan RM400/setahun. Deluxe ditawarkan dengan harga RM55/sebulan, RM145/3 bulan dan RM460/setahun.

Sohor Kini