Lucasfilm telah mengumumkan yang kisah The Mandalorian dan Grogu akan beralih ke skrin besar melalui filem ‘The Mandalorian & Grogu‘ dengan pencipta siri ini iaitu Jon Favreau akan menjadi pengarah untuknya. Beliau juga akan menjadi penerbit bersama dengan Kathleen Kennedy dan Dave Filoni.
Mereka juga mengumumkan yang produski untuk filem ini akan bermula pada tahun ini dan akan menjadi projek seterusnya untuk Lucafilm menyertai filem-filem yang akan diarahkan oleh Sharmeen Obaid-Chinoy, James Mangold dan Dave Filoni yang juga sedang membangunkan Ahsoka musim kedua.
The Mandalorian bermula sebagai siri untuk Disney+ Hotstar yang bermula pada 2019 dan kini mempunyai tiga musim.