Netflix hari ini telah berkongsi treler pertama untuk siri 3 Body Problem adaptasi kepada novel “The Three-Body Problem” yang ditulis oleh Liu Cixin. Siri ini dihasilkan oleh Alexander Woo bersama dengan David Benioff dan D.B Weiss yang sebelum ini bersama menghasilkan siri TV Game of Thrones.

Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

3 Body Problem merupakan siri fiksyen sains yang bermula pada tahun 1960-an di China akan tetapi selepas sesuatu berlaku ia beralih ke waktu sekarang. Bagi menyiasat perkara ini dan juga mengelak daripada ancaman, sekumpulan saintis perlu bersama.

Antara pelakon untuk 3 Body Problem ialah Benedict Wong, Jess Hong, Jovan Adepo, Eiza Gonzalez, John Bradley, Alex Sharp, Zine Tseng, Rosalind Chao dan Liam Cunningham.

Siri ini akan menerima 8 episod dengan setiap episod adalah satu jam, ia akan mula disiarkan di Netflix pada 21 Mac 2024.

Sohor Kini