HBO dan Naughty Dog hari ini telah mengumumkan yang Kaitlyn Dever akan menjadi Abby di dalam siri TV The Last of Us Musim Kedua. Di dalam versi permainan video Abby merupakan watak utama di untuk The Last of Us Part II bersama dengan Ellie.

Kaitlyn Dever sebelum ini terlibat dengan filem seperti Booksmart, Good Grief, No One Will Save You dan Next Goal Wins. Beliau juga terlibat dengan siri TV seperti Dopesick, Unbeliveable dan Last Man Standing. Beliau juga merupakan pelakon suara untuk Cassie di dalam permainan Uncharted 4: A Thief’s End yang membuat penampilan di bahagian akhir permainan tersebut.

HBO sebelum ini telah mengesahkan yang siri TV The Last of Us akan menerima musim kedua, pengumuman dilakukan sebelum siaran untuk musim pertama selesai lagi. Anda boleh baca ulasan kami untuk musim pertama di pautan berikut – Ulasan Siri TV The Last of Us – Musim Pertama.

Anda juga boleh baca ulasan kami untuk permainan The Last of Us Part II – Ulasan The Last of Us Part II – Susulan Yang Berani.

Sohor Kini