12 Filem 2023 Terbaik Mengikut Hideo Kojima

Hideo Kojima iaitu pencipta permainan video terkenal seperti tahun-tahun yang lepas telah berkongsi senarai filem tahun 2023 yang terbaik. Beliau menyenaraikan 12 filem tetapi tidak mengikut sebarang turutan, sebaliknya, ia mengikut susunan filem-filem tersebut ditonton oleh Hideo Kojima.

Berikut adalah 12 filem yang tersenarai:

AIR

Filem arahan Ben Affleck lakonan Matt Damon, Jason Bateman, Chris Messina dan Matthew Maner. Filem ini memfokuskan kepada usaha oleh Nike untuk menjadikan Michael Jordan sebagai atlit mereka walaupun pada waktu itu, Nike masih tidak terlibat dengan bola keranjang secara mendalam.

Bacaan Lanjut – Ulasan Air
Boleh tonton di mana? – Prime Video

Aftersun

Filem arahan Charlotte Wells dengan senarai pelakon seperti Paul Mescal, Frankie Corio dan Celia Rowlson-Hall. Filem ini memfokuskan kepada kanak-kanak berumur 11 tahun yang bersama bapanya bercuti di Turki akan tetapi dia tidak menyedari yang bapanya sedang mengalami depresi.

Boleh tonton di mana? – Mubi

The Banshees of Inisherin

Filem arahan Martin McDonagh dengan senarai pelakon seperti Colin Farrel, Brendan Gleeson, Kerry Condon dan Barry Keoghan. Filem ini adalah mengenai dua sahabat yang tiba-tiba terputus hubungan yang memberi kesan kepada mereka.

Boleh tonton di mana? – Disney+ Hotstar

Close

Filem berbahasa Perancis ini diarahkan oleh Lukas Dhont dan dibintangi oleh Eden Dambrine, Gustav de Waele, Emilie Dequenne dan Lea Drucker. Filem ini memfokuskan kepada dua sahabat iaitu Leo dan Remi yang mempunyai perhubungan yang rapat tetapi perkara itu telah menyebabkan ia disalah erti oleh orang lain.

Boleh tonton di mana? – Mubi

R.M.N

Filem arahan Christian Mungiu dan melibatkan pelakon seperti Marin Grigore dan Judith State. Filem ini adalah mengenai seorang lelaki yang pulang ke satu kampung di Romania dan juga bekas kekasihnya yang bekerja di kampung tersebut.

The Wolf House (La Casa Lobo)

Filem animasi gerak-henti yang diarahkan oleh Cristobal Leon dan Joquin Cocina, dengan lakonan suara oleh Amalia Kassai dan Rainer Krause. Filem ini mengambil inspirasi daripada kisah ‘Colonia Dignidad’ iaitu kultus yang ditubuhkan selepas Perang Dunia Kedua.

The Beasts

Filem berbahasa Perancis ini diarahkan oleh Rodrigo Sorogoyen dengan senarai pelakon seperti Denis Menochet, Marina Fois, Luis Zahera, Diego Anido dan Marie Colomb. Filem ini adalah mengenai masalah xenofobia yang berlaku di sebuah penempatan di Sepanyol.

Vortex

Filem arahan Gaspar Noe, dengan senarai pelakon seperti Dario Argento, Francoise Lebrun, Alex Lutz dan Kylian Dheret. Filem ini adalah mengenai sepasang suami isteri iaitu Lui penulis yang mempunyai masalah jantung bersama isterinya Elle yang mula mengalami dementia.

Perfect Days

Filem berbahasa Jepun arahan Win Wenders dengan lakonan oleh Koji Yakusho, Tokio Emoto, Aoi Yamada dan Yumi Asou. Filem ini menceritakan mengenai Hirayama iaitu tukan cuci di Tokyo, tetapi dengan pelbagai kejadian yang berlaku sepanjang filem ini, ia serba sedikit memperlihatkan kisah silamnya.

Society of the Snow

Filem arahan J.A. Bayona dan melibatkan senarai pelakon seperti Enzo Vogrincic, Agustin Pardella, Matias Recalt. Filem ini adalah mengenai kapal terbang yang membawa pasukan ragbi dari Chile terhempas di Andes.

Boleh tonton di mana? – Netflix

The Killer

Filem arahan David Fincher dengan senarai pelakon seperti Michael Fassbender, Arliss Howard, Charles Pamell dan Kerry. O’Malley. Film adaptasi novel grafik berjudul sama oleh Alexis Nolent, filem ini mengenai ‘The Killer’ yang selepas gagal di dalam satu pembunuhan terpaksa melawan dengan pengupah dan juga dirinya sendiri.

Boleh tonton di mana? – Netflix

Anatomy of a Fall

Filem berbahasa Perancis yang diarahkan oleh Justine Triet adalah mengenai penulis lakonan Sandra Huller yang perlu membuktikan dia tidak bersalah di atas kematian suaminya. Pelakon lain ialah Swann Arlaud, Milo Machado Graner dan Antoine Reinartz.

Sohor Kini