Skip to main content

MSI ketika acara CES telah mengumumkan secara rasmi penglibatan mereka di dalam penawaran PC mudah alih melalui MSI Claw. Berbeza dengan Steam Deck, ROG Ally dan juga Lenovo Legion Go, MSI Claw menggunakan cip pemprosesan oleh Intel iaitu Intel Core Ultra 7.

Spesifikasi lain untuk MSI Claw adalah dilengkapi dengan skrin 7-inci dengan resolusi 1920 x 1080 yang menyokong kadar segar semula sehingga 120Hz, ia menggunakan panel IPS dan menyokong skrin sesentuh. Menurut MSI, MSI Claw menyertakan ketahanan bateri paling lama berbanding produk lain iaitu 50% berbanding kadar purata di pasaran.

MSI Claw menjalankan sistem operasi Windows 11 tetapi disertakan dengan antaramuka MSI Center M yang dihasilkan khusus untuk penggunaan mudah alih. Melalui penggunaan MSI App Player, MSI Claw juga boleh digunakan untuk bermain permainan-permainan Android terpilih melalui penggunaan pelagak.

Bagi rekaan pula ia adalah seperti rekaan PC Mudah Alih lain dengan terdapat dua analog yang dihiasi dengan RGB, D-Pad, butang ABXY dan 4 butang tetapan. Di bahagian belakang terdapat dua butang Macro bersama dengan empat picu RT, RB, LT, LB. Keseluruhan berat untuk MSI Claw adalah 675 gram iaitu sedikit lebih berat berbanding produk-produk yang lain.

Leave a Reply