Skip to main content

Capcom bermula hari ini telah menganjurkan acara kolaborasi untuk permainan Street Fighter 6 bersama dengan Spy x Family Code: White iaitu filem animasi berdasarkan siri manga dan anime popular Spy x Family.

Kolaborasi ini antaranya menyertakan kostum untuk Avatar pemain bagi watak Yor Forger dan Loid Forger. Kosmetik untuk kostum ini boleh didapatkan melalui gedung kolaborasi di dalam permainan dan boleh menggunakan kod berikut untuk menghasilkannya – SPY_SF6_YOR dan SPY_SF6_LOID.

Pemain yang log masuk bermula sekarang sehingga 31 Januari 2024 juga akan mendapat bingkai gambar, setem dan juga title secara percuma.

Street Fighter 6 sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Steam.

Leave a Reply