Acer telah mengumumkan model baharu untuk Acer Nitro 17 iaitu model pilihan untuk pemain permainan video dengan harga mampu milik. Kemaskini ini menyertakan cip pemprosesan Intel Core Generasi Ke-14 dan siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX 40.

Acer Nitro 17 dilengkapi dengan skrin 17.3-inci menggunakan panel IPS dengan resolusi 2560×1440 dan sokongan kadar segar semula sehingga 165Hz. Laptop ini ditawarkan dengan pilihan cip pemprosesan Intel Core i7-14700HX, i7-14650HX dan i5-14450HX. Bagi kad grafik pula ia mempunyai pilihan sehingga NVIDIA GeForce RTX 4060. Pilihan storan pula adalah sehingga 2TB manakala RAM sehingga 32GB.

Laptop ini akan mula ditawarkan di pasaran Amerika Utara bermula pada bulan ini, bagi pasaran Malaysia masih tiada pengesahan oleh Acer Malaysia.

Sohor Kini