Anugerah Golden Globe yang ke-81 berlangsung hari ini yang menjadi anugerah pertama untuk tahun ini bagi menghargai kandungan-kandungan yang dilancarkan pada tahun lepas. Melalui artikel ini, kami ingin kongsikan kesemua filem dan siri TV yang memenangi anugerah di acara ini:

Barbie

Filem arahan Greta Gerwig dengan senarai pelakon seperti Margot Robbie, Ryan Gosling, Simu Liu dan Kate McKinnon. Filem ini tiba di pawagam pada bulan Julai dan merupakan filem dengan kutipan tertinggi untuk tahun 2023 dengan kutipan $1.4 bilion.

Senarai Anugerah yang dimenangi:

  • Pencapaian Cinematic dan Box Office
  • Lagu Asli Terbaik – ‘What Was I Made For?’ – Bllie Eilish, FINNEAS

Bacaan lanjut – Ulasan Barbie
Boleh tonton di mana? – HBO Go, iTunes Store, Google Play

Oppenheimer

Filem arahan Christopher Nolan mengenai bapa bom Atom iaitu J. Robert Oppenheimer melibatkan senarai pelakon seperti Cillian Murphy, Emily Blunt, Florence Pugh dan Robert Downey Jr. Dilancarkan pada minggu yang sama dengan Barbie, filem ini mengutip $952 juta di pawagam.

Senarai Anugerah yang dimenangi:

  • Filem Drama Terbaik
  • Pengarah Filem Terbaik – Christoper Nolan
  • Pelakon Pembantu Terbaik – Robert Downey Jr.
  • Pelakon Lelaki Filem Drama Terbaik – Cillian Murphy
  • Muzik Runut Terbaik – Ludwig Goransson

Bacaan lanjut – Ulasan Oppenheimer
Boleh tonton di mana? – iTunes Store, Google Play

Poor Things

Filem fantasi sains arahan Yorgos Lanthimos mengenai perempuan yang membunuh diri tetapi dihidupkan semula oleh seorang doktor dengan menggunakan otak bayi. Filem ini melibatkan senarai pelakon seperti Emma Stone, Mark Ruffalo, Willem Dafoe dan Ramy Youssef.

Senarai Anugerah yang dimenangi:

  • Filem Muzikal atau Komedi Terbaik
  • Pelakon Wanita Terbaik untuk Filem Muzikal atau Komedi – Emma Stone

The Holdovers

Filem drama komedi arahan Alexander Payne merupakan filem berdasarkan krismas yang meliabtkan senarai pelakon seperti Paul Giamatti, Dominic Sessa, Da’Vine Joy Randolph dan Carrie Preston. Filem ini mula ditayangkan pada bulan Oktober tahun lepas dan mengutip $20 juta.

Senarai Anugerah yang dimenangi:

  • Pelakon Lelaki Terbaik untuk Filem Muzikal atau Komedi – Paul Giamatti
  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik untuk Filem Muzikal atau Komedi – Da’Vine Joy Randolph

Anatomy of a Fall

Filem berbahasa Perancis yang diarahkan oleh Justine Triet adalah mengenai penulis lakonan Sandra Huller yang perlu membuktikan dia tidak bersalah di atas kematian suaminya. Pelakon lain ialah Swann Arlaud, Milo Machado Graner dan Antoine Reinartz.

Senarai Anugerah yang dimenangi:

  • Filem Berbahasa Asing
  • Lakonlayar Filem Terbaik – Justine Triet, Arthur Harari

Killers of the Flower Moon

Filem arahan Martin Scorsese ini yang pada awalnya dirancang untuk Apple TV+ tetapi kemudiannya ke pawagam. Filem ini memfokuskan kepada kejadian pembunuhan yang berlaku di kalangan puak Osage di Amerika Syarikat.

Senarai Anugerah yang dimenangi:

  • Pelakon Wanita Terbaik untuk Filem Drama – Lily Gladstone

Bacaan lanjut – Ulasan Killers of the Flower Moon
Boleh tonton di mana? – iTunes Store, Google Play Store, Apple TV+ (12 Januari 2024)

Succession

Siri TV yang dihasilkan oleh Jesse Armstrong ini memfokuskan kepada empat adik beradik berebut untuk mewarisi syarikat media Waystar RoyCo selepas kesihatan bapa mereka semakin merosok. Antara pelakon ialah Hiam Abbass, Nicholas Braun, Brian Cox dan Kieran Culkin.

Senarai Anugerah yang dimenangi:

  • Siri TV Drama Terbaik
  • Pelakon Lelaki Pembantu Terbaik untuk TV – Matthew Macfadyen
  • Pelakon Wanita Terbaik untuk Siri TV Drama – Sarah Snook
  • Pelakon Lelaki Terbaik untuk Siri TV Drama – Kieran Culkin

Boleh tonton di mana? – HBO, HBO Go

The Boy and the Heron

Filem animasi yang sepatutnya menjadi filem terakhir untuk Hayao Miyazaki menceritakan mengenai Mahito Maki yang berjumpa dengan seekor bangau yang membawanya ke satu menara misteri. Tanpa dia sedari, dia memasuki satu dunia yang asing.

Senarai Anugerah yang dimenangi:

  • Filem Animasi Terbaik

Bacaan lanjut – Ulasan The Boy and the Heron

Ricky Gervais: Armageddon

Ricky Gervais kembali dengan spesel terbaru yang kali ini memfokuskan jenakanya mengenai isu-isu politik, AI, perkahwinan, kematian dan juga berakhirnya kemanusiaan.

Senarai Anugerah yang dimenangi:

  • Komedi Stand-Up Terbaik di TV

Boleh tonton di mana? – Netflix

The Crown

Siri TV yang memfokuskan kepada kisah keluarga diraja UK yang dihasilkan oleh Peter Morgan. Siri ini telah mempunyai 6 musim dan melibatkan senarai pelakon seperti Claire Foy, Matt Smiths, Elizabeth Debicki dan Vanessa Kirby.

Senarai Anugerah yang dimenangi:

  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik untuk TV – Elizabeth Debicki

Boleh tonton di mana? – Netflix

Beef

Siri TV pendek yang dikeluarkan pada tahun lepas ciptaan Lee Sung Jin. Siri ini mempunyai 10 episod dan melibatkan senarai pelakon seperti Steven Yeun, Ali Wong, Joseph lee dan Young Mazino. Ia memfokuskan kepada yang pada awalnya pergaduhan di jalan raya menjadi satu pergaduhan yang berterusan.

Senarai Anugerah yang dimenangi:

  • Pelakon Lelaki Terbaik bagi Siri-Mini atau Filem untuk TV – Steven Yeun
  • Pelakon Wanita Terbaik bagi Siri-Mini atau Filem untuk TV – Ali Wong
  • Filem atau Siri-Mini Untuk TV Terbaik

Boleh tonton di mana? – Netflix

The Bear

Siri TV komedi yang diciptakan oleh Christopher Storer memfokuskan kepada Carmen Berzatton lakonan Jeremy Allen White yang menguruskan kedai Sandwich peninggalan abangnya yang membunuh diri. Siri ini mempunyai 2 musim setakat ini dengan 18 episod keseluruhannya.

Senarai Anugerah yang dimenangi:

  • Pelakon Wanita Terbaik untuk Siri TV Muzikal atau Komedi – Ayo Edebiri
  • Pelakon Lelaki Terbaik untuk Siri TV Muzikal atau Komedi – Jeremy Allen White
  • Siri TV Muzikal atau Komedi Terbaik

Boleh tonton di mana? – Disney+ Hotstar

Sohor Kini